Friday, July 1, 2011

die pergi buat selamanya

aku rindu kan zaman sekolah yang penuh dengan kegembiraan bersama kawan2 . aku masih teringat masa tu aku baru tukar sekolah .masa tu form 1 .bapak aku nak daftar aku then die suruh aku pergi sendiri naik basikal sebab nanti balik aku boleh balik sendiri .sampai je pintu sekolah aku kene sorong basikal sorang2 . then time tu kau tegur aku . yer time kat sekolah rendah aku pernah kenal ko.lepas aku pindah ikut bapak aku kerja then pindah balik manjung .so sebab tu ko masih kenal aku even tak rapat . masa form 1 aku kelas lain . masa tu aku akan jumpa and tegur kau time rehat sahaja . naik sahaja form 2 aku kelas sama dengan ko . kita sekolah petang . kadang2 aku akan pergi sama2 naik basikal . sebelum pergi aku akan singgah rumah ko .sebab kalau nak ke sekolah akan lalu rumah kau . aku masih ingat kita kawan dengan izzati idris , ain zawai . amalina , rosma , athirah dan yang lain . apa2 akan buat sama . gelak sama2 . buat kerja sekolah sama2 .

naik form 3 aku masih kelas dengan ko . aku duduk sebelah ila .aku lupa kau duduk sebelah sapa . masa form 3 aku rasa waktu yang best . entah la .mybe rasa enjoy walaupun nak periksa time tu . macam2 yang terjadi masa kita sekolah sama2 . naik sahaja form 4 kelas aku dengan ko dah lain .tapi lain pon tak adalah jauh sangat .sebelah je kot .even time tu aku ada geng lain tapi aku kadang2 akan lepak kat kelas kau jugak .time perhimpunan kelas sebelah barisan untuk berdiri mesti sebelah jugak .mesti akan gosip dengan kau la .aku rindu kan time macam itu . rindu sangat2 .sbb kadang balik sekolah kita akan lepak rumah ila gelak kuat2 sampai ada makcik sebelah rumah illa tegur kita .hehehhe .lepas kene tegur kita dah jarang lepak rumah illa .sian kita .hehehe . petang2 aku akan lepak depan rumah ko .kita selalu gelak sama2 . ko orang paling baik sebabnya bila aku ajak ko keluar kalau mak ko tak bagi mesti ko tak akan keluar. ko tak macam aku .kalau mak aku tak bagi aku keluar aku tak dengar cakap mak aku .so kalau aku nak lepak dengan ko aku akan pergi naik basikal ke rumah ko .lepak macam orang gila kat depan rumah ko .rindunya time macam tu ;( .

lepas je spm .lagi best . free kan. kadang2 bila tak buat apa aku akan jumpa lepak dengan ko .aku akan ambil ko kat rumah naik skutter aku then bawak ko jalan2 .makan kat fatty cafe sama2 .tapi tak selalu sangat .sebab ko tak akan keluar kalau mak ko tak bagi .sebab tu aku respect dengan kau . kau baik sangat .

lepas aku sambung belajar kat shah alam . ko pon sambung belajar dekat kedah . kita akan contact thru hp sahaja .kalau cuti aku akan jumpa ko lepak sama2 . then lepas tu ko tukar tempat belajar .belajar dekat perak .dekat dengan rumah ko .time ini la .aku rasa ko lain .ko lain sebab ko sakit. kadang2 ko cerita dekat aku .aku dengar semuanya bila ko call and msg aku .aku ingat ko sakit biasa sahaja . sakit yang macam migrain macam tu .so aku tak berapa nak risau. sebab bagi aku kadang-kadang aku pon macam itu .

tapi lepas itu khabar berita pasal diri kau hilang .ko banyak diam and jarang nak msg aku dah . yang aku ingat ko cakap " zaty nanti aku dah sihat aku bagitau kau ok " ;( . aku sentiasa tunggu kau sihat . aku pernah dengar dari kawan aku yang sama kolej dengan pasal ko .aku sedih sangat. baru aku tahu keadaan kau sebenar . then lepas akak ko call bagitahu perkara sebenar aku sangat sedih .di sebabkan keadaan ko yang tak sihat and kau tak nak jumpa kawan2 even aku pon aku sikit pon tak kecik hati walaupun hati aku allah sahaja yang tahu betapa aku rindu dekat kau aini .tapi aku paham and aku sentiasa ingat kata2 kau yang ko akan jumpa aku lepas ko dah sihat . tapi ;( .tak apa lah .aku ingat last aku jumpa ko time lepas ko operation dua tahun lepas . aku akan sentiasa ingat and aku tak akan lupakan ko sampai bila2 aini .sebab bagi aku ko kawan paling baik ;( .

aini , semalam aku pergi jumpa ko .aku sempat cium ko .aku rindu kat ko .aku rindu sangat2 .rindu gelak semuanya .aku sedih bila aku peluk mak and akak ko , dorang ashik cakap yang ko selalu sebut pasal aku .yang ko rindu kat aku semua . ya allah betapa allah je tahu perasaan aku masa itu . yer aini , aku pon rindu kau ;( .aku reda dengan pemengian kau sebab allah lebih sayangkan kau aini . kau dah lama sakit . hanya allah sahaja tahu perasaan kau aini .semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman wahai siti noraini bt mokhtar .



16 july 1989 - 30 june 2011 . ( al fatihah buat seorang kawan yang sangat baik siti noraini bt mokhtar ) .

Friday, June 3, 2011

happy besday to me








umur dah meningkat ke angka yang lebih tinggi . ini jugak membuatkan aku akan nampak lebih dewasa nanti . angka je kot .sebab my family selalu cakap yang aku tak matured lagi .ye kot . sebenarnya tak suka jadi dewasa. sebab bagi aku bila aku dewasa aku kene pikir macam2 sekarang . tapi ini la realitynya . lagi lah masalah yang melanda sekarang . btw happy besday to me yg ke 22 ;))




Monday, May 30, 2011

surprising me




ni first time aku rasa ada orang prank aku.selama 22 tahun hidup ni la kali pertama .ahaha terkejut sangat2.padahal dah taw dah sikit.bangang je sebab tak geti simpan rahsia.hehehhehehehhe

Sunday, May 29, 2011

my besfriend wedding







cadang nak balik manjung weekend tu.tapi disebabkan kerja banyak la sangat kan gerak balik hari jela ke manjung tu . lagipon malas nak driving sorng2 ni.penat la ulak alik dari shah alam - manjuung .boleh mengundang mengantok sahaja bila balik sorang2 ni.so wedding ni hari ahad so gerak dengan member dari shah alam pukul 9 so beli sarapan mcd yg enak sangat pada waktu pagi sahaja la.then terus menuju ke destinasi.tapi sebelum tu balik rumah jap jumpa mak semua then g kenduri. ain kawan paling lama masa aku pindah ke perak .masa tu darjah 4 .sampai sekarang aku still contact each other.yela kalau tak datang memang tak patut la kan.seronok tengok ain dah kawin.yela jodoh die sampai dulu kan.btw selamat pengantin baru kepada ain zawai ;)))

Sunday, May 22, 2011

kuku besi art event










Kuku besi art event yg bertempat di galeri shah alam pada hari itu. pergi melawat art work2 mereka then terjumpa kawan2 sekolej lepak jap then balik. 

Saturday, May 21, 2011

happy birthday to my mom




semalam  mak punya besday .kitaorang mula cadang nak balik manjung ramai2 tapi lain pulak plan bila abah pulak cadang nak datang ke kl sebabnya ada hal.then ramai2 la adik beradik berkumpul kat rumah akak kat ampang.then pergi kedai makan arab yang jalan ampang wadi hardamawt. pergh boleh tahan la makan kat situ. rosak semua diet . hee . btw happy besday to mak yg ke 51 this year ;)

Monday, May 16, 2011